Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Radzi Jidin pada sesi dialog ketika Majlis Pelancaran Manifesto Perikatan Nasional di Shah Alam, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

PERIKATAN Nasional (PN) berjanji akan meneliti pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti. 

Meskipun ‘janji’ itu tidak terkandung dalam manifesto Tawaran PN BEST yang dilancarkan hari ini, namun Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memahami hasrat rakyat yang masih terhimpit dengan situasi semasa. 

Menurut Muhyiddin, ia merupakan perkara penting yang akan diteliti sebaik sahaja PN berjaya membentuk kerajaan. 

Kata beliau, ini kerana kerajaan PN yang diterajuinya sebelum ini pernah membenarkan tiga pengeluaran caruman itu menerusi inisiatif i-Citra; i-Lestari dan i-Sinar. 

“Baru-baru ini, saya ada keluarkan (video) TikTok dan antara perkara berbangkit ialah ramai minta supaya ‘abah’ benarkan lagi sekali pengeluaran KWSP. 

“Tiada dalam manifesto tetapi dulu pun kita buat (semasa) tiada manifesto. Insya-Allah, bila kita menang, antara perkara yang akan kita lihat semula ialah tentang KWSP bersasar. 

Baca artikel berkaitan: Tawaran PN BEST: Diskaun 25 peratus PTPTN graduan kelas kedua atas

“Kita akan beri pertimbangan sebaiknya, Insya-Allah bila mana kita jadi kerajaan nanti,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog sempena pelancaran manifesto Tawaran ‘Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang’ atau PN BEST. 

Manifesto yang dihasilkan demi rakyat sempena PRU-15 itu berpaksikan 12 Tunjang, 30 Pendekatan dan 234 Tawaran demi rakyat Malaysia. 

Antara tunjang yang menjadi tumpuan adalah ekonomi masa hadapan, meningkatkan nilai dan hidup rakyat serta membersihkan politik dan tadbir urus. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram