KERAJAAN sentiasa membela nasib pekebun kecil getah. - Gambar hiasan

KERAJAAN melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sedang mengkaji untuk meletakkan harga lantai getah yang lebih tinggi bagi memberi manfaat kepada pekebun-pekebun kecil.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kedua-dua kementerian itu telah beberapa kali mengadakan perbincangan untuk tujuan tersebut dan telah berada di peringkat akhir tetapi dihentikan sementara selepas pembubaran Parlimen.

MAHDZIR KHALID

“Harga lantai getah dalam pasaran yang diletakkan sekarang ialah RM2.50 sekilo yang agak rendah, jadi perlu ditetapkan satu harga yang lebih tinggi untuk kebaikan penoreh.

“Perbincangan mengenainya telah berada di peringkat final sebelum Parlimen bubar. Jika selepas ini, kita berjaya bentuk krajaan, usaha mencari formula untuk meletak harga lantai yang lebih baik itu akan diteruskan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pekebun Kecil RISDA Makmur Daerah Padang Terap di Kampung Baru Padang Sanai di Padang Terap hari ini.

BERITA BERKAITAN RISDA sasar 2,500 hektar tanam semula getah di Kedah

Beliau berkata, penetapan harga lantai untuk getah dahulu juga diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional dan selepas ini satu harga yang lebih baik akan diletakkan untuk faedah pekebun kecil.

“Kita melihat pekebun kecil secara menyeluruh. Di Padang Terap sendiri, kini kita bagi keutamaan kepada usaha mempercepatkan proses pembinaan kilang Kedah Rubber City. Ia akan bantu untuk memberi bahan mentah getah untuk diproses menjadi produk hiliran.

Mahdzir berkata, usaha itu sedang dipergiatkan dan beliau berharap kilang tersebut dapat mula dibina tahun depan.

Katanya, selain itu, kerajaan di bawha kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri juga teah bersetuju untuk meningkatkan bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil selama empat bulan mulai tahun depan dengan bantuan RM200 sebulan.

“Kita telah bincang dua perkara itu
dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram