Tangkap layar rakaman sewaktu anggota polis mengeluarkan pistol selepas sekumpulan individu bersenjata cuba buat onar di sebuah kedai kopi.

TULAR satu rakaman video memaparkan aksi beberapa anggota polis mengeluarkan pistol selepas sekumpulan individu bersenjata cuba buat onar di sebuah kedai Kopi Dokter, di Jalan Pengayoman, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, awal pagi semalam.

Memetik laporan Viva.id, dalam kejadian pukul 1.50 pagi itu, kekecohan berlaku sewaktu sekumpulan anggota polis yang berpakaian biasa sedang melepak sambil menghirup secangkir kopi.

Secara tiba-tiba, dua individu dilihat berlari ketakutan masuk ke dalam kedai kopi.

Menurut laporan, terdapat sekumpulan pemuda cuba masuk ke dalam kedai dengan bersenjata tajam seperti parang bersedia untuk mengancam pengunjung kedai kopi tersebut.

Bagaimanapun, anggota polis yang berada di kedai kopi terbabit dilihat secara drastik mengeluarkan pistol lalu bingkas bangun dari tempat duduk.

Baca artikel : Polis tahan dua lelaki samun kedai serbaneka di Petaling Jaya

Difahamkan, anggota polis terbabit telah melepaskan beberapa das tembakan sebagai amaran sebelum pemuda bersenjata terbabit berlari meninggalkan lokasi.

Sementara itu, Ketua Bahagian Jenayah Kepolisian Kota Besar Makassar, Kompol Muh Jufri Natsir mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku berpunca daripada masalah tempat letak kenderaan.

“Ketika kejadian, saya bersama Unit Detektif dan Jenayah Asisten Komisioner Reonald Simanjuntak bersama beberapa anggota sedang minum kopi selepas bertugas.

“Tiba-tiba sekumpulan pemuda dari luar dilihat berlari masuk ke dalam kedai dengan parang,” jelasnya.

Jelasnya, anggota Unit Siasatan Jenayah segera mengeluarkan senjata lalu melepaskan das tembakan sebagai amaran.

Katanya lagi, beliau sempat menenangkan individu yang berada di lokasi kejadian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram