Sedapnya daging rusuk bersos ini. Bagi penggemar daging, resipi ini wajib anda cuba. Jom lihat bahan dan cara menyediakan juadah yang menyelerakan ini.

BAHAN A:
2 kg tulang rusuk lembu
7 ulas bawang putih
4 cm halia – ketuk
Air secukupnya
5 labu bawang besar – hiris

BAHAN B:
1/2 cawan minyak sapi
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos tomato
5 tangkai cili hijau – hiris
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

BAHAN C:
3 labu bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
3 cam halia – kisar
Sedikit rempah 4 sekawan

CARA MENYEDIAKAN:
1.Rebus semua bahan A. Pastikan daging direbus sehingga empuk.
2.Pijarkan sedikit minyak sapi dan tumiskan bahan C sehingga wangi.
3.Kemudian masukkan bahan A tadi.
4.Selepas itu, masukkan pula bahan B. Kacau sebati dan masak sehingga pekat.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Satu lagi port nasi kandar sedap di Jalan TAR #makanlokal #malaysiafoodie #myfoodie #nasikandarpenang ♬ Nasi Kandar – M.Shariff & Maidin Kedai Kopi

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram