PEMANDANGAN ketika banjir di Baling hari ini. - Gambar Twitter Peniaga Bundle (Akaun Adik ) @Arama7266

JABATAN Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran risiko berlaku banjir di beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak.

JPS dalam kenyataan hari ini berkata, amaran itu dikeluarkan berdasarkan maklumat ramalan hujan dari model Numerical Weather Prediction (NWP) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan sistem Southeastern AsiaOceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS).

Jelas kenyataan itu, antara kawasan yang terjejas di Pahang adalah di daerah Rompin yang mana lokasi yang terlibat adalah Kampung Janglau 1, 2 dan 3, Kampung Serinkin, Kampung Setajam, Kampung Pianggu dan Kampung Sarang Tiong.

Bagi Negeri Selangor, daerah yang terlibat adalah Klang meliputi  kawasan Kampung Delek, Jalan Kebun Nenas, Kampung Jawa, Taman Melawis, Teluk Pulai, Taman Petaling, Taman Sentosa, Taman Saujana, Taman Rashna, Kampung Bukit Naga, Batu 8 Jalan Bukit Kemuning dan Pandamaran.

“Di Johor iaitu Daerah Mersing, lokasi yang terlibat adalah Kg. Air Tawar, Kg. Semaloi, Kg. Asli Labong, Sg Padang, Kg. Kuria Bt. 4, Mukim Triang dan Daerah Pontian lokasi yang terlibat adalah Kg. Bugis, Bt. 6, Kg. Parit Jerman, Kg. Penerok, Jalan Makam, Kg. Penghulu Bakar, Kg. Permas dan Kg. Parit Sulaiman.

“Bagi  Sarawak iaitu Daerah Kuching, lokasi yang terlibat adalah Kg. Batu Kitang, Batu Kitang KM10, Kg. Stenggang, Kg. Mambong, Kg. Bratan, Kg. Selampit dan Daerah Serian Taman Duranda Mas, Kg. Duras Batu 16 & 17, Jalan Kuching- Tapah Lama, Jalan Kg. Batu Gong dan Siburan Bazaar,” jelas kenyataan tersebut.

Baca lagi: PKTK Taman Sri Muda ditubuhkan bagi persediaan banjir, beroperasi 24 jam

Mengulas lanjut, JPS berkata, notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut. 

JPS turut menggesa orang ramai untuk mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram