Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan penduduk setempat dalam program Tinjauan Mesra di pekan Durian Tunggal, Alor Gajah, baru-baru ini.

KEPUTUSAN untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak jika Barisan Nasional (BN) gagal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 adalah keputusan parti bukannya individu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Naib Presiden UMNO itu berkata, ia termasuk kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Keputusan besar seperti ini parti kena tentukan, bukan individu… nak dengan PKR, PN (Perikatan Nasional) ke atau PH (Pakatan Harapan), parti kena tentukan,” katanya kepada media selepas sesi ramah mesra bersama penduduk di Durian Tunggal.

Baca artikel berkaitan: Johor harus kembali jadi kubu kuat BN, UMNO – Ismail Sabri

Ditanya mengenai cuti umum khas pada 18 Nov dan gaji awal untuk penjawat awam pada 17 Nov seperti yang tular di media sosial, Ismail Sabri berkata perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Hari ini dalam media dah ada bayangan, tunggulah saya umumkan nanti,” katanya selepas tinjauan mesra di Pasar Malam Pekan Durian Tunggal, Alor Gajah.

Turut hadir calon BN bagi kerusi Parlimen Alor Gajah iaitu Shahril Sufian Hamdan, yang juga Ketua Penerangan UMNO, dan Menteri Besar Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram