SEORANG pemandu maut selepas kereta yang dinaiki melanggar tiang landasan MRT di Jalan Reko, Kajang, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 9.50 pagi

Beliau berkata, mangsa seorang lelaki berusia 35 memandu kereta Hyundai Getz dari Jalan Reko menuju ke arah Bandar Kajang.

“Tiba di susur ke bangunan Persatuan Dhammaduta Malaysia pemandu terbabit dipercayai telah hilang kawalan lalu melanggar tiang landasan.

“Akibat kemalangan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar bagaimana kejadian kemalangan berlaku.

Baca artikel : Dua kenderaan tenggelam di Jalan Chan Sow Lin

“Satu kertas siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Feaisal Mokhtar di talian 012-9454655.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram