Resipi nasi aruk cencaluk ini unik dan memang sedap. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Imelda Maya Harris ini. Sekali rasa pasti nak lagi.

BAHAN-BAHAN
6 cawan nasi putih sejuk
3 ulas bawang putih | dicincang kasar
3 sudu besar cencaluk
3 tangkai cili padi | dihiris nipis
Sedikit herba selasih kering
Sedikit minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN
1.Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga sedikit kuning.
2.Kemudian masukkan cencaluk dan tumis hingga sedikit garing.
3.Masukkan cili dan gaul hingga rata. Apabila cencaluk sudah garing, masukkan nasi dan gaul agar semua bahan mesra.
4.Tambahkan herba selasih kering. Pastikan api tidak terlalu besar supaya nasi aruk tidak hangus.
5.Apabila sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resipi: Imelda Maya Harris

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik.

@majalahsaji Port makan laksa Sarawak sedap di Putrajaya #laksasarawak #dayangsarawakconer #makanlokal #malaysianfoodie #fyp #foryou ♬ WooYoungWooGreeting – KOJOOBOO

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram