PENYANYI terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menyangkal dakwaan yang menuduhnya sedang hamil anak hasil hubungan dengan vokalis Noah iaitu Ariel seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

BCL turut meluahkan rasa kesal dan sedih kerana menjadi ‘body shaming’ susulan perutnya yang kelihatan sedikit buncit.

“Saya sebenarnya lebih sedih kerana menjadi mangsa kepada ‘body shaming’. Perut seperti itu normal, lebih-lebih lagi saya seorang ibu.

“Selain itu, saya juga suka makan pada tengah malam.

“Gambar yang diambil, mungkin tak semua orang faham ‘angle’ gambar yang dilihat sebaliknya atau mungkin perut saya sedang ‘bloating’ atau sedang datang bulan.


“Semuanya kemungkinan itu menyebabkan bentuk perut saya akan berubah,” katanya kepada URTV ketika ditemui pada sidang media Konsert Blossom Intimate di Kuala Lumpur Convention Centre, petang semalam.

BCL akui suka makan tengah malam hingga membuatkan berat badannya bertambah

Malah, BCL turut menunjukkan perutnya kepada pihak media yang terbukti tidak buncit sekaligus menepis fitnah bahawa dirinya sedang mengandung seperti khabar angin yang tersebar sebelum ini.

Sementara itu, BCL memberitahu hubungannya dengan Ariel tidak lebih sebagai seorang teman baik.

Malah, persahabatan mereka sudah terjalin ketika arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair masih hidup.

BCL anggap perut buncit untuk seorang ibu sepertinya, nomal

“Dia (Ariel) kawan baik saya. Hubunga sebagai rakan dah berlangsung sejak arwah Ashraf ada lagi.

“Pada saya, netizen sengaja suka-suka buat gosip untuk sekadaran hiburan. Walhal, mereka tidak bersama dengan saya setiap hari…macam mana mereka lebih tahu?

“Tetapi, saya tak salahkan mereka. Cuma, saya tak suka kehidupan saya diatur orang lain,” tegasnya.

BCL bakal mengadakan konsert pertamanya di Malaysia pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam.

Tiket akan mula dijual bermula esok (Jumaat) pada pukul 11 pagi.

@urtv_official Tak baik tuduh Bunga Citra Lestari hamil tau! Biasalah dah jadi ibu selain usia pun dah bertambah, normal kalau perut nampak sedikit buncit #utusantv #urtv #fyp #masukberandafyp #bungacitrestari #arielnoah ♬ original sound – urtvofficial