Calon Barisan Nasional Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin melawat mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

CALON Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin sempat meluangkan masa melawat mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, petang ini.

Beliau yang sepatutnya dijadualkan bertemu pengundi di Pasar Malam Matang Pagar menangguhkan program berkenaan bagi melihat sendiri situasi banjir di Taman Setia Warisan, Kampung Melayu Subang.

Dalam rakaman video yang dikongsikan kepada media, Khairy berkata, keadaan ban yang tidak cukup panjang telah menyebabkan air sungai melimpah di Taman Setia Warisan.

Bagaimanapun, beliau berkata, usaha untuk meninggikan tembok atau menyambung ban akan dilakukan berdasarkan kepada cadangan Jabatan Pengairan Saliran (JPS).

Calon Barisan Nasional Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin melawat mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: PRU-15: ‘Saya tiada pilihan sebab pucuk pimpinan tak beri isyarat’ – KJ

Pada masa sama, Khairy memaklumkan akan menghantar pasukan untuk membantu penduduk mencuci rumah masing-masing.

“Saya sekarang berada di Taman Setia Warisan, Kampung Melayu Subang di mana dua hari lepas saya baru sahaja bercakap tentang banjir dan hari ini telah berlaku banjir.

“Saya harap penduduk dapat bersabar, kita akan hantar pasukan untuk membantu mencuci rumah yang terkesan dengan banjir,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 40 buah rumah di Taman Setia Warisan dan Kampung Budiman, Puncak Alam ditenggelami air.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.58 petang dan 5.15 petang tadi.

Beliau berkata, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan penyelamat Kota Anggerik dikerahkan ke Shah Alam manakala tujuh anggota Pasukan Gerak Cepat dikerahkan ke Puncak Alam.

Katanya,kejadian banjir berlaku susulan limpahan air sungai dan air longkang di kawasan berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram