SEORANG akauntan menjadi mangsa samun dua lelaki ketika berjalan kaki dari Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai ke simpang Desa Putra pada pukul 7 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian, mangsa seorang wanita berusia 25 tahun sendirian dan didekati suspek yang menunggang motosikal.

Beliau berkata, suspek telah meragut beg mangsa yang mengandungi komputer riba dan sebuah telefon bimbit.

“Suspek yang juga bersenjatakan sebilah pisau kemudian berjaya melarikan beg mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa tidak dapat mengecam jenis dan nombor pendaftaran motosikal suspek,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Baca artikel : Operasi LRT Stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari bermula hari ini

Jelasnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

Semalam, UtusanTV melaporkan perkhidmatan LRT di antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari bermula pukul 6 pagi tadi selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang serta masa yang akan diambil untuk mengenal pasti punca gangguan perkhidmatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram