Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang GAMBAR: Abd Razak Aid

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertegas dengan kenyataannya yang mendakwa DAP merupakan parti yang menyokong dan membawa fahaman komunis.

Sehubungan itu, calon Pas bagi kerusi Parlimen Marang itu bertegas tidak akan memohon maaf terhadap kenyataan yang dikeluarkannya itu.

Malah, Abdul Hadi juga tidak akan menarik balik ungkapannya itu.

“Elok. Buatlah (laporan polis). Memang saya kenal beberapa orang (pimpinan DAP) yang tak percaya Tuhan. Saya tahu permainan DAP. (Mereka) pernah bercampur dengan kami, kami tahu, tak perlu sebut nama.

“Saya tak akan mohon maaf, tak akan tarik balik (kenyataan). Nanti jumpa di mahkamah. Saya boleh tunjuk bukti,” katanya dalam video yang dimuat naik ke akaun Facebooknya, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut mendakwa pengaruh fahaman komunis itu terserlah sewaktu DAP mentadbir Pulau Pinang.

Baca artikel berkaitan: Hadi: Ambil serius mengundi, ia berkaitan pahala, dosa dan catatan amal

“Ini nyata, masa dia (DAP) perintah Pulau Pinang. Walaupun dia tonjolkan calon Melayu, itu satu alat politik.

“Mereka nak lantik (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sebagai Perdana Menteri, sebab Anwar ikut dia,” dakwanya.

Kelmarin, media melaporkan Abdul Hadi meneruskan serangan terhadap Pakatan Harapan (PH) dengan mengaitkan gabungan itu dengan fahaman komunis serta golongan LGBT.

“Parti dalam PH ini macam-macam jenis ada, yang komunis ada, yang antituhan pun ada, yang liberal pun ada, LGBT pun ada, yang bagi rasuah pun ada, yang terima rasuah pun ada.

“Semua ada dalam parti mereka, ini menjadi satu masalah.

“PH ini ‘gelap’, BN ‘keruh dan kelabu’. Jadi kita ambillah yang jernih, yang baik iaitu PN,” katanya ketika berucap dalam satu majlis di Temerloh, Pahang seperti dipetik Malaysiakini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram