PRU-15: Amirudin tekad sumbang gaji dalam Dana Komuniti Gombak

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CALON Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari berjanji untuk menyumbang 100 peratus gaji sebagai ahli Parlimen sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ke Dana Komuniti Gombak.

Menurut Amirudin, Dana Komuniti Gombak yang merupakan sebahagian daripada manifestonya ‘Deklarasi Gombak, 5 Tekad untuk 5 Tahun’ adalah untuk membangunkan infrastruktur dan prasarana rakyat di kawasan tersebut.

Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau juga akan menjemput pihak swasta untuk menyumbang dalam tabung tersebut.

Kata beliau, Dana Komuniti Gombak diyakini mampu digunakan untuk membangunkan kawasan tersebut secara terus.

“Kalau saya masih kekal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ada jawatan dalam kerajaan negeri dan tiada apa-apa tanggungjawab di peringkat Persekutuan, keseluruhan gaji ahli Parlimen saya akan letakkan di sini (Dana Komuniti Gombak).

Baca artikel berkaitan: PRU-15: Azmin hadapi empat pencabar termasuk Amirudin di Gombak

“Saya juga akan menjemput pihak swasta yang ingin menyumbang untuk memasukkannya ke dalam tabung ini.

“Ia akan berguna bagi membangunkan infrastruktur, komuniti serta prasarana kepada rakyat secara terus selain peruntukan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Deklarasi Gombak, 5 Tekad untuk 5 Tahun hari ini.

Terdapat lima fokus utama iaitu – Ekonomi Tempatan Nadi Gombak; Rumah Mampu Milik Gombak; Infrastruktur Mampan, Selesa, dan Berdaya Tahan; Pendidikan dan Pekerjaan Bermaruah; dan Peranan Saksama Negeri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This