Oleh Chamil Wariya

DIA anak mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah dan isteri kepada YB Khairy Jamaluddin.

Kerana urusan tugas sebagai pemberita Utusan Malaysia ketika itu saya mengenali Tun Abdullah sewaktu beliau menjadi Pengarah Belia di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1972.

Kami kekal berinteraksi hinggalah beliau menyertai politik dan menjadi PM. Malah saya telah menulis beberapa buku mengenai perjalanan politik Tun Abdullah dan Tun Endon Mahmood.

Tetapi saya tidak mengenali Nori Abdullah kecuali menjadi salah seorang tetamu majlis kahwinnya dengan KJ di Pulau Pinang pada tahun 2001 atas undangan bapanya. Ketika itu saya bekerja di TV3 menjadi peneraju editorial Divisyen Berita dan Ehwal Semasa. Atau PAMRED iaitu pemimpin redaksi mengikut istilah media di Indonesia.

Setelah sekian lama, malam tadi sewaktu menghadiri kempen KJ di Subang Perdana saya bertemu dengan Nori dan berbual sebentar setelah memperkenalkan diri.

Baca lagi: PRU-15: Khairy suara hasrat menjadi Presiden UMNO, Perdana Menteri pada masa depan

Saya bertanya khabar tentang Tun Abdullah yang kini mengidap dementia. Juga khabar Datuk Leela, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang yang diasaskan oleh Allahyarham Tun Endon Mahmood.

Datuk Leela adalah guru semasa saya bersekolah di Kuala Kubu Bharu. Suaminya ketika itu berkhidmat sebagai pegawai belia di Pusat Latihan Belia di Pertak. Beliau kini berusia 82 tahun dan masih sihat dan masih lagi menjadi CEO Yayasan Penyayang.

Apa yang saya kagum dengan Nori pada malam itu adalah beliau tidak kekok untuk berbual-bual dengan mereka yang hadir untuk mendengar kempen suaminya di Sungai Buloh. Beliau pandai membawa diri.

Sewaktu YB KJ berucap di dalam restoran dengan para pemimpin komuniti Subang Perdana, Nori berada di luar restoran di mana majlis berlangsung untuk berbual-bual mesra dengan orang ramai yang tidak dapat masuk ke restoran yang agak sempit itu.

Dengan kata lain, Nori tidak bersaing dengan suaminya untuk mendapatkan perhatian khalayak.

Tidak keterlaluan jika saya katakan Nori boleh menjadi aset dalam kempen KJ di Sungai Buloh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram