Sedapnya petola sumbat ikan ni. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi yang menyelerakan dan mudah ini. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN
1 batang petola bersaiz besar | dipotong setebal 3 inci dan dibuang bijinya
200 gm isi ikan tenggiri
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit lada sulah
Sedikit air untuk membancuh adunan

BAHAN-BAHAN SOS
1 sudu besar minyak
2 sudu makan kacang hitam | diperam
3 ulas bawang putih | dicincang halus
Sedikit stok ayam
3 sudu besar air
1 ½ sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil gula

CARA MENYEDIAKAN
1.Campurkan air dengan tepung jagung dan tepung gandum.
2.Kemudian, gaulkan isi ikan dengan campuran tepung tadi. Pastikan campuran sebati dan rata.
3.Campurkan lada sulah dan pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu kental.
4.Kemudian, bulat-bulatkan isi ikan dan sumbatkan ke dalam petola. Pastikan petola tidak di isi terlalu sikit atau penuh untuk mengelakkan petola pecah atau isi ikan terkeluar semasa mencelur nanti.
5.Panaskan air sehingga mendidih, lalu celur petola sehingga masak.Tuskan dan susun ke dalam pinggan.
6.Untuk menyediakan sos, panaskan minyak di dalam kuali pada suhu sederhana. Masukkan kacang hitam, bawang putih dan tumis hingga naik bau.
7.Tuangkan stok ayam and renehkan sehingga menjadi pekat. Kemudian, kacau tepung jagung dengan air sehingga sebati.
8.Akhir sekali, tuangkan campuran tepung jagung yang telah dicairkan serta gula dan masak hingga sos kacang hitam pekat. Tuang di atas petola dan sedia untuk dihidangkan.

Pesan Saji: Pastikan petola tidak dicelur terlalu lama agar petola tidak terlalu lembik dan layu.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Sedapnya tauhu telur sos tiram ni. Resipi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba! #resipi #resipimudah #resipitiktok #resipisimple #fyp #foryou #tiktokmalaysia #myfoodie #makanlokal #malaysianfoodie #majalahsaji #saji #utusantv ♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram