SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung perisytiharan harta yang dilakukan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Ini berikutan, satu laporan dilakukan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung pengisytiharan calon Parlimen Pandan itu.

Berita Harian dalam laporannya memetik satu sumber menyatakan, SPRM akan mengkaji perkara itu dan siasatan akan dijalankan mengikut aspek-aspek tertentu yang masih dalam penelitian.

Rafizi dalam sidang media semalam dilaporkan berkata beliau tidak akan membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaannya mengenai projek tebatan banjir di Melaka kerana mendakwa hampir semua skandal penyelewengan dan pendedahan yang dilaporkannya kepada polis dan SPRM tidak diambil tindakan.

BERITA BERKAITAN SPRM perlu siasat harta lebih RM18 juta milik Rafizi – NGO

“Saya sebelum ini membuat banyak laporan kepada polis dan SPRM tetapi semuanya tiada tindakan. Saya berpengalaman lebih 10 tahun dan mendedahkan pelbagai skandal dan akhirnya ia dibawa ke muka pengadilan.

“Tetapi ia (tindakan undang-undang) bukan datang dari polis atau SPRM tetapi pendedahan yang menyebabkan kemarahan rakyat. Contohnya kes kapal tempur pesisir (LCS), tidak diambil tindakan walaupun ada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tetapi disebabkan tidak mahu kehilangan undi, seseorang akhirnya di bawa ke muka pengadilan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram