USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berbesar hati apabila penyanyi rap Caprice mahu berduet dengannya menerusi sebuah lagu baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Aliff berkongsi video yang memperlihatkan dia dan Caprice sedang berada di studio rakaman bagi menyiapkan single mereka.

Malah, penyanyi dan pelakon berusia 35 tahun itu juga turut memperdengarkan sedikit sedutan baharunya itu.

“Tolong komen jujur, suara saya merdukan? Pasti ramai yang tak sabar nak dengar suara penyanyi nombor satu beraksi bersama Caprice.

Menerusi pemerhatian URTV di Instagram Story Aliff, muzik video (MV) single tersebut mengambil konsep kenegaraan.

Dalam pada itu, di ruangan komen pula, ramai pengikut Alif meluahkan rasa kagum dengan prestasi vokalnya yang semakin baik sekaligus tidak sabar untuk mendengar lagu nyanyiannya.

“Teruskan datuk, suara datuk memang the best.

“Terbaik! Mantap penyanyi nombor satu Malaysia. Semoga terus sukses!Kuat semangat tanpa erti putus asa.

“Kali ini okay sikit tona suara Datuk. Teruskan Datuk.

“Sedap pula suara Datuk kali ini,” tulis netizen.

Terdahulu, Caprice atau Ariz Ramli tidak kisah jika Aliff mahu berkerjasama dengannya tetapi dengan syarat tiada aksi yang keterlaluan atau ‘menyotong’.