PENYANYI Zamani dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas menjalani pembedahan untuk membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis pada Isnin lalu.

Berita gembira itu dikongsikan oleh isterinya, Nur Juliana Abd Rani menerusi Instagram miliknya, sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua, Alhamdulillah Zamami telah dibenarkan keluar hospital petang ini.

“Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, pasukan pembedahan dan semua kakitangan Sunway Medical Centre Velocity serta kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan Zamani sepanjang dia menjalani pembedahan sehingga ke hari ini.

BERITA BERKAITAN [VIDEO] Terpaksa didukung turun pentas, keadaan Zamani runtun jiwa & sebak peminat

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi), semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani. Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” katanya.

Juiana turut berkongsi video Zamani yang sedang berjalan dan kelihatan keadaan tulang belakangnya yang sudah tidak lagi melengkung.