MANUSIA diciptakan berpasangan. Lelaki pasangannya wanita, begitulah sebaliknya. Manusia saling berpasangan untuk kesinambungan zuriat dan keturunan. Bukan sahaja manusia, tetapi haiwan juga fitrahnya begitu.

Pun begitu, sejak ribuan tahun dahulu bahkan sejak zaman Nabi, golongan sejenis seperti gay, lesbian, pondan dan pengkid sudah bertapak di kalangan manusia.

Tahukah anda, perlakuan golongan LGBT ini pada zaman dahulu dianggap sebagai satu jenayah. Sesiapa sahaja yang didapati bersalah melakukan kegiatan ini akan dihukum dengan sadis. Apa bentuk hukumannya?

Dilempar batu sehingga mati di zaman Sudan kuno

Kegiatan homoseksual sudah berleluasa sejak zaman Sudan kuno lagi. Ketika itu, ramai individu yang tidak berkahwin lebih seronok menjalin hubungan terlarang sesama jenis sehingga merencatkan kelahiran.

Bagi membendung perkara ini dari terus merebak dan merosakkan kehidupan masyarakat, pemerintah Sudan ketika itu telah menetapkan hukuman rejam sampai mati ke atas mereka yang didapati bersalah melakukan hubungan songsang.

Cara hukuman yang dijalankan ialah dengan menanam seluruh tubuh pesalah sehingga ke paras leher, kemudian orang ramai akan melemparkan batu pada pesalah sehingga mati. Mayat pelaku homoseksual tersebut akan dibiarkan mereput untuk tempoh beberapa hari sebelum dikuburkan dengan timbunan batu.

Jika yang didapati bersalah itu adalah perempuan, tanpa banyak bicara kedua-dua pasangan akan diseret ke tengah padang pasir untuk menjalani hukuman. Tetapi jika kedua-duanya adalah lelaki, kesalahan pertama adalah hukuman sebat di hadapan orang ramai. Namun jika ditangkap untuk kali kedua, hukuman rejam akan dilaksanakan.

Kemaluan dipotong, isi perut dikeluarkan

Pada abad ke-13, seorang lelaki ternama, Hugh Despenser yang juga merupakan kerabat diraja England telah didapati bersalah melakukan hubungan seksual songsang. Apabila perkara tersebut sampai ke pengetahuan Raja Edward II, beliau menitahkan supaya Hugh dikenakan hukuman mati dengan penyeksaan yang paling sadis.

Hugh dibogelkan dengan kedua-dua kakinya diikat pada kuda dan diseret keliling kota. Selepas itu, lelaki tersebut digantung pada ketinggian 15 meter dan diseksa tanpa henti. Tubuh Hugh kemudian diikat pada tangga yang tinggi dan disandarkan pada sebuah menara.

Tak berhenti di situ, organ kemaluannya pula dipotong dan isi perut Hugh dikeluarkan dan dia mati dalam keadaan yang sangat sadis. Oh ya… hukuman yang dijalankan ke atas Hugh dilakukan di hadapan rakyat untuk memberi pengajaran kepada golongan sejenis.

Dibakar hidup-hidup pada zaman Rom

Pada awalnya, hubungan sesama jenis pada zaman Rom kuno dianggap sebagai perkara biasa dan menjadi salah satu kaedah untuk mengawal populasi penduduk. Bahkan, kebanyakan pemerintah zaman itu dikatakan memiliki kekasih lelaki kecuali Claudius yang berkahwin dan mempunyai zuriat.

Tetapi, pada tahun 390 Masihi iaitu semasa pemerintahan Theodosius 1, beliau telah menganggap perkara ini adalah sesuatu yang menyimpang dan di luar batasan. Lalu, Theodosius telah menetapkan hukuman, sesiapa yang melakukan kegiatan homoseksual akan disalib dan dibakar hidup-hidup.

Individu pertama yang didapati bersalah dan menjalani hukuman ini ialah pemerintah sebelumnya, iaitu Hadrianus dan pasangannya, Antinous. Mereka diikat pada sebuah tiang pancang yang dikelilingi oleh longgokan kayu, lalu dinyalakan unggun api untuk membakar mereka ketika masih hidup. Pasangan itu mati perlahan-lahan dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Hadrianus dan Antinous, pasangan pemerintah gay empayar Rom yang dihukum bunuh.

Dijadikan makanan anjing ganas di Amerika

Pada masa sekarang, Amerika merupakan sebuah negara liberal yang memberi kebebasan kepada rakyatnya berkahwin sesama jenis. Namun ceritanya amat berbeza pada zaman dahulu. Malah, pada suatu ketika Amerika pernah melaksanakan hukuman mengerikan ke atas pesalah yang melakukan kegiatan homoseksual.

Pada tahun 1513, pernah berlaku pembunuhan kaum sejenis secara besar-besaran. Mereka dikumpulkan dan dijadikan umpan serta hidangan kepada segerombolan anjing perang yang ganas.

Pesalah-pesalah ini dibiarkan mati dalam keadaan yang mengerikan dengan darah, organ dan daging-daging mereka berceceran ke merata tempat. Hukuman ini dilakukan di hadapan umum untuk memberi pengajaran kepada pelaku homoseksual yang lain.

Disebat dan digantung

Hukuman sebat dan gantung ini dikatakan berlaku di Iran dan Uganda sekitar abad ke-18 dan ke-19. Bahkan di sesetengah lokasi terpencil, hukuman ini masih dijalankan pada abad ke-20. Perkara ini turut menjadi heboh dalam dunia maya seketika dahulu apabila sekeping gambar hukuman dijalankan ke atas pasangan gay di Iran tersebar pada tahun 2005.

Mereka yang melakukan hubungan sejenis akan disebat di hadapan khalayak sehingga tidak bermaya, kemudian akan dibawa ke tali gantung dan digantung sampai mati.

Ditolak dari bangunan tinggi

Pada tahun 2015, pemberontak ISIS yang menguasai wilayah Ninive, Iraq, telah menangkap satu pasangan gay Muslim dan mengenakan hukuman yang ganas. Pasangan yang dirahsiakan nama itu didapati bersalah oleh hakim mahkamah ISIS dan perlu menjalani hukuman mati. Caranya ialah dengan dilempar dari tempat tinggi.

Pesalah-pesalah itu diiring ke sebuah bangunan tinggi dengan tangan terikat dan mata yang tertutup. Pada tingkat yang paling atas, pesalah ini akan digantung secara terbalik dengan kepala ke bawah, kaki ke atas. Dan… kemudian akan dilepaskan jatuh ke tanah!

NOTA: Agak-agaknya kalau bentuk hukuman seperti ini masih dijalankan pada hari ini, berani tak golongan yang digelar LGBT ini menonjolkan diri? Sedangkan haiwan pun tahu berfikir untuk mencari pasangan yang berlainan jantina, tetapi manusia pula tidak kenal mana satu jantan dan mana satu betina. Hmmm…

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram