SEORANG penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah treler di Kilometer 6.6, Lebuhraya Elite, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 6.10 pagi.

Beliau berkata, kejadian berlaku sewaktu pemandu treler berusia 23 tahun memandu perlahan dari Shah Alam ke Lapangan Terbang Antarabang Kuala Lumpur (KLIA) sebelum terdengar bunyi perlanggaran yang kuat dari belakang treler.

“Pemandu memberhentikan treler dan mendapati penunggang motosikal berusia 55 tahun telah terjatuh di atas jalan raya dan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Warga emas maut dilanggar Honda HR-V

Jelasnya, treler mengalami kerosakan di bahagian besi belakang manakala motosikal mangsa rosak teruk.

Wan Azlan berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, saksi kemalangan diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram