Calon Barisan Nasional Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin mendengar permasalahan yang dihadapi pengusaha nurseri ketika mengadakan perjumpaan bersama warga nurseri di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

OLEH: DATUK DR CHAMIL WARIYA

9 November 2022: Kempen pertama yang saya hadiri bagi PRU 15 ialah di kawasan Parlimen Sungai Buloh.

Calonnya YB Khairy Jamaluddin yang dipaksa meninggalkan kerusi selamat di Rembau yang diwakilinya selama tiga penggal kerana mahu memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Sambutan luar biasa diberikan terhadap kehadirannya malam itu, sama seperti pada malam-malam sebelumnya sejak kempen secara rasmi bermula pada 5 November 2022.

Pertemuan malam itu diatur untuk beliau berdialog dengan para pemimpin komuniti di Subang Perdana, tetapi yang hadir adalah diluar jangkaan.

KJ tahu tugas berat menanti beliau di sini. Menawan kerusi Parlimen yang disandang oleh PH untuk tiga penggal berturut-turut bukanlah tugas mudah.

Dalam PRU 14 pada Mei 2018 PH yang diwakili oleh PKR menang dengan majoriti 26 ribu undi.

Sebab itu ada yang mengatakan beliau dihantar ke kerusi ini sebagai usaha untuk menamatkan kerjaya politiknya.

Tapi bukan mustahil Khairy mencipta kejayaan di Sungai Buloh.

Kehadirannya di sini nampaknya menangkap imaginasi anak-anak muda yang menganggap beliau sebagai pemimpin muda yang karismatik.

Baca artikel berkaitan: ‘Saya masih anggap diri ‘underdog’ di Sungai Buloh’ – KJ

Malah ada yang menilai beliau berpotensi menjadi seorang PM.

Dengan kata lain, beliau telah membina tapaknya sendiri dalam politik.

Calon-calon lain di Sungai Buloh mengakui beliau adalah seorang calon heavy weight dalam PRU 15.

Saya perhatikan malam itu kempen Khairy agak berbeza dengan pemimpin yang lain. Beliau tidak mengutuk sesiapa. Beliau seorang calon yang waras.

Beliau menghuraikan kerja-kerja yang akan dilakukan untuk memperbaiki kehidupan penduduk sekiranya di pilih mewakili kawasan itu, di samping mewakili kepentingan Sungai Buloh di Dewan Rakyat.

“Saya akan bersikap profesional dan bersedia bekerjasama dengan ADUN dalam Parlimen Sungai Buloh dan kerajaan negeri yang dikuasai PH demi rakyat,” ujar.

Kesegaran pendekatan politik Khairy berupaya memikat pengundi.

Beliau adalah calon boleh menang BN.

Cuma setelah menang Khairy kena walk the talk bak kata mat Salleh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram