Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim GAMBAR: Abd Razak Aid

“SAYA menerima maklumat sahih contoh undi awal dari satu tempat yang saya tak boleh umumkan untuk tentera di Bera yang dibayar RM300.”

Itu dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa anggota tentera di Bera, Pahang telah melakukan pengundian awal, hari ini seperti dilaporkan BH Online.

Malah, calon PH bagi kerusi Parlimen Tambun itu turut mendakwa setiap anggota telah menerima bayaran sebanyak RM300 untuk mengundi awal hari ini.

Sehubungan itu, Anwar turut meminta penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mahu tindakan sewajarnya dilakukan.

“Soalnya mengapa dan bagaimana SPR boleh izinkan kalau mereka tahu undi awal yang sepatutnya 15 November.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: Sasaran jumlah kerusi berbeza sebab Rafizi nak ‘push’, kata Anwar

“Bagaimana (undi awal) boleh dijalankan hari ini, saya bimbang kerana unsur wang, unsur tekanan (dan) unsur penipuan yang berlaku kerana ada bukti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Pengerusi PH di Bilik Gerakan Utama PH Kuala Nerus.

Anwar turut meminta SPR mengemukakan jawapan dan mengambil tindakan tegas sebelum rakyat bangkit kerana ia boleh mencemarkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, undi yang dilakukan itu mesti dibatalkan dan anggota yang terbabit perlu mengundi semula pada 15 November depan.

SPR menetapkan hari mengundi pada 19 November ini dengan hari pengundian awal pada 15 November.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram