Sedapnya pecel terung ni. Memang membuka selera dan sedap makan bersama nasi. Sekali rasa pasti nak lagi. Jom ikuti bahan dan cara menyediakan resipi menarik ini.

BAHAN-BAHAN:
4 biji terung biru panjang
500 ml santan pekat
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm ubi cekur
2-3 helai daun cekur | mayang halus
Garam dan gula
secukup rasa
Sedikit perahan jus limau

CARA MENYEDIAKAN:
1.Terung dibakar hingga lembut di atas bara api. Setelah empuk, buang kulit luar terung yang hangus dan bersihkannya.
2.Sementara itu, bawang merah, bawang putih dan ubi cekur dibakar juga hingga lembut dan buang kulitnya. Manakala belacan dibakar hingga agak garing.
3.Cili padi, bawang merah, bawang putih, ubi cekur dan belacan di tumbuk sebati hingga lumat.
4.Perahkan sedikit jus limau (jika suka). Sesuaikan rasanya dengan menambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Gaul rencah hingga sebati.
5.Di dalam mangkuk berisi santan pekat, campurkan rencah tumbuk tadi dan hirisan daun cekur lalu kacau rata. Sekali lagi sesuaikan rasanya (jika kurang masin tambah sedikit lagi garam).
6.Susunkan terung bakar tadi (boleh juga dipotong kecil-kecil jika suka) di dalam pinggan lalu tuangkan bancuhan santan bercili tadi ke atasnya. Hidangkan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Ayam goreng Korea restoran ini memang padu. Rangup! #makanlokal #malaysianfoodie #myfoodie ♬ Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguツ

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram