Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGERUSI Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan tindakan pengisytiharan harta oleh ahli politik, namun ia perlu dilaksanakan sepanjang masa dan bukan dalam musim pilihan raya semata-mata.

Bekas perdana menteri itu berkata sebaliknya, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.

“Saya bersetuju (dengan pengisytiharan harta oleh ahli politik) tetapi bukan dekat dengan pilihan raya. Kita kalau hendak buat waktu mana kita tidak kira. Itu kita bercakap dalam dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas turun berkempen bersama calon Pejuang bagi Parlimen Kuala Kedah Ulya Aqamah Husamuddin di Taman Bersatu, Jalan Batas Paip, Alor Setari hari ini.

BERITA BERKAITAN PRU-15: Tiada keperluan pemimpin Pas isytihar harta

Terdahulu, sebahagian besar daripada 72 calon PKR membuat pengisytiharan harta masing-masing berikutan syarat parti itu yang mahu semua calonnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berbuat demikian.

Mengulas mengenai kenyataan calon BN Sungai Buloh Khairy Jamaluddin yang bercita-cita menjadi calon perdana menteri, Dr Mahathir berkata sesiapa sahaja boleh menjadi calon kalau mereka memenangi kerusi yang ditandingi.

“Banyak orang yang layak (jadi calon perdana menteri), tapi sama ada dia menang atau tidak belum tentu. Bila dah menang esok (nanti) cakap lah,” kata penyandang Parlimen Langkawi itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram