Rindu yang paling sakit ialah rindu pada mereka yang telah pergi buat selama-lamanya. Rindu tiada penghujung, tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Apalagi kerinduan seorang anak yang kehilangan bapa sejak kecil, separuh jiwa kosong dibawa pergi.

Perkongsian momen luar biasa di kem motivasi sebuah sekolah ini cukup menjentik hati. Tindakan spontan seorang bapa memeluk, mencium dan memberikan kata-kata semangat buat seorang pelajar yang kehilangan bapa ini cukup meruntun jiwa.

Jelas pakar motivasi ini, saat pelajar yang kehilangan ibu atau bapa kekal berdiri dan rakan pelajar lain diminta bangun dan berkongsi kasih sayang kepada mereka yang kehilangan, tiba-tiba seorang bapa pelajar lain terus meluru ke arah seorang pelajar lelaki untuk berkongsi pelukan dan kasih sayang seorang bapa.

“Lihatlah cara ayah itu peluk cium anak yang bukan anaknya. Titisan air mata seorang ayah ini tiada tanding nilainya..mahal,” kongsinya menerusi video yang dikongsikan.

“SEORANG AYAH PELUK ANAK YANG TIADA AYAH..

.

.

Sebak , terharu dan sedih😭🥺

Melihat moment ini berlaku depan mata

Rasa Allah jentik hati kita semua supaya jangan sombong, sentiasa humble, dan terus buat baik.

Ayah ini perwatakan seorang yang garang tapi hatinya penuh dengan kasih sayang.

Memeluk seorang anak yg bukan anaknya

Mencium dan memberikan kata-kata semangat bak seorang ayah pada anaknya

Sungguh Allah Maha Penyayang

Hadirkan seorang hambaNya menegur hambaNya yg lain

Thanks for the moment jemput Kak Anne ke sekolah untuk motivasi belajar Darjah 6 Sk Pandamaran Jaya.”

@majalahwanita

Momen luar biasa seorang bapa memeluk seorang anak yang kehilangan bapa 😭 Kredit : Kak Anne Omey #utusantv #majalahwanita

♬ original sound – MajalahWanita – MajalahWanita

Kredit : Kak Anne Omey