Dalisha Ahmad Qadha mempunyai sebatang gigi pada gusi bawah.

SEORANG ibu terkejut selepas bayi perempuan yang baru dilahirkan pada 2 November lalu mempunyai sebatang gigi pada bahagian gusi bawah.

Bercerita kepada UtusanTV, Datin Nurul Syafiqah Shahnurin, 29, menganggap bayi sulungnya, Dalisha Ahmad Qadha adalah seorang anak yang bertuah.

“Pada mulanya saya ingatkan normal bayi ada gigi apabila lahir. Sekali ibu saya tegur dan kata jarang-jarang bayi baru lahir ada gigi.

“Saya baca di Google, kebarangkalian untuk perkara sebegini terjadi adalah 1 dalam 2000 orang. Kejadian ini sangat ‘rare’,” katanya.

Gigi yang tumbuh pada bayi dipanggil gigi natal.

Baca artikel berkaitan : 7 makanan mengandungi kalsium

Jelas Syafiqah, dia juga ada membaca perkara sebegini boleh terjadi apabila ibu terlebih pengambilan kalsium.

“Bagaimanapun, nak kata saya lebih minum atau makan semasa mengandung, tidak juga. Malah, saya minum susu bila perlu sahaja,” ujarnya.

Tambahnya, dia mengambil keputusan untuk tidak mencabut gigi Dalisha buat masa sekarang kerana keadaan gigi masih kuat dan tidak lembut sehingga membolehkan ia tercabut atau tercekik.

“Apabila menyusukan Dalisha, memang dapat rasa giginya apabila dia mengigit, tapi tidaklah sampai memberi luka,” ujarnya.

Katanya lagi, Dalisha juga mempunyai rambut yang cukup lebat meskipun baru sahaja berusia 12 hari.

Bagaimanapun, Syafiqah berkata dia belum berkesempatan untuk membawa bayinya berjumpa doktor bagi pemeriksaan gigi.

Menurutnya, Dalisha dilahirkan dengan berat 3.29 kilogram, sihat dan sangat mudah untuk dijaga.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram