PELAKON dan penyanyi Lufya Omar tidak berdiam diri apabila namanya menjadi ‘panas’ selepas pendedahan yang dilakukan oleh bekas suami, Dr Che Hafiz dan aktres Julia Farhana berkenaan isu fitnah dan tuntutan nafkah anak sehingga mereka terpaksa membuat laporan polis.

Menurut Lufya atau Lufya Sheikh Omar,37, dia akan mengambil tindakan berhubung kontroversi yang mengaitkan dirinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Julia Farhana buat laporan polis, bengang jadi mangsa fitnah pelakon & buka kisah akan kahwin dengan Dr Che Hafiz, Bekas suami minta Lufya henti sebar fitnah, ada bukti bayar nafkah anak

“Tentang isu yang hangat sekarang ini, saya akan buat sesuatu tentang laporan palsu itu. Doakan untuk saya dan anak supaya kami tenang menghadapi ujian ini.

“Apa yang boleh saya katakan, ini adalah ujian Allah dan yakin Dia bersama orang yang benar

“Doakan saya dan anak saya untuk lalui dugaan ini. Insya-Allah, Allah akan tunjuk,” katanya dalam satu perkongsian video di Instagram Story.

Mengulas mengenai tuntutan nafkah anak, menurut Lufya isu terbabit sudah berlarutan untuk tempoh masa yang agak lama dan sehingga kini masih belum ada kata putus.

“Kalau boleh selesai dari awal, buat apa saya kena naik turun mahkamah tuntut nafkah anak? Bapa itu yang perlu bincang dengan saya tanpa campur tangan yang lain.

“Kes dah bertahun dalam mahkamah. Tak apa, Insya-Allah, masa akan bongkarkan kebenaran,” tulisnya.