BUKAN hanya bekas suami malah tunang Dr Che Hafiz iaitu pelakon Julia Farhana turut menjadi mangsa fitnah Lufya Omar.

Ujar Julia atau Julia Farhana Marin,28, susulan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya, dia nekad untuk membuat laporan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami minta Lufya henti sebar fitnah, ada bukti bayar nafkah anak

Jelas Julia, dia terpaksa berbuat demikian kerana sudah tidak tahan apabila sahabat dan rakan kongsi perniagaannya diganggu dengan gambar-gambarnya di tempat awam beserta pelbagai fitnah.

“Fitnah besar (berbukti) bahawa saya melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Itu tujuan laporan polis dibuat,” tulisnya.

Dr Hafiz bakal akhiri zaman duda dengan pelakon Julia Farhana tidak lama lagi

Julia berkata demikian menerusi hantaran di Instagram miliknya. Bersama-sama luahan itu juga, pelakon Harith Fayyadh ini turut berkongsi laporan polis yang bertarikh 7 November 2022.

Malah, Julia turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama seorang individu yang dipercayai Lufya.

Sementara itu, Julia sebelum ini pernah berhasrat untuk bertemu dengan Lufya meskipun dihalang oleh Hafiz bagi menjernihkan keadaan namun niatnya itu tidak mendapat respons. Malah dirinya pula yang menjadi mangsa fitnah.

“Berkali-kali bakal suami saya nasihatkan supaya jangan berhubung dengan dia tetapi saya degil. Saya respon sebab apa? Sebab nak hormati dia dan buka peluang untuknya berbincang dengan saya sekiranya diperlukan.

“Saya tak ada masalah kalau nak dibawa berbincang. Tapi saya pula dihina. Tunang saya terima fitnah dan hinaan tentang saya. Namun, saya masih kata, tak apa. Mungkin dia salah faham. Tetapi sekarang, secara umum?

“Saya tak ada niat untuk terbabit dalam masalah ini. Saya terima masa lalu bakal suami saya. Ada banyak faktor membuatkan saya terpaksa buat laporan polis.

“Niat saya mudah, saya nak berbaik tetapi dibalas sebegini. Saya adalah orang yang waras dan saya nak kembali kepada kehidupan peribadi saya,” katanya.