Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional pada Majlis Pelancaran Manifesto Perikatan Nasional di Shah Alam, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

PERIKATAN Nasional (PN) berikrar untuk memacu pembangunan lebih inklusif di Sabah dan Sarawak dalam usaha merapatkan jurang pembangunan di antara wilayah.

Perkara tersebut dinyatakan di dalam Tunjang 5 manifesto Tawaran ‘Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang’ atau Tawaran PN BEST.

Melaluinya pembangunan Sabah dan Sarawak akan dipacu melalui pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Usaha tersebut akan dilaksanakan dengan memberi keutamaan kepada dua negeri itu mendapat peruntukan dalam memcepatkan usaha pembangunan.

Selain itu, sekiranya diberikan mandat, PN juga berjanji untuk terus membela rakyat di Sabah dan Sarawak khususnya dalam bidang pendidikan demi menghasilkan modal insan berkualiti.

Baca artikel lain: Tiada kaum tertinggal, terus diperkasa bawah tawaran PN BEST

“Mengutamakan pengagihan peruntukan pembangunan kepada Sabah dan Sarawak bagi mempercepatkan pembangunan sosioekonomi setempat.

“Menubuhkan universiti awam baharu di Sabah dan Sarawak yang menawarkan kursus dalam bidang strategik bagi memenuhi keperluan industri semasa dan masa hadapan,” kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan manifesto Tawaran PN BEST, baru-baru ini.

Turut terdapat di dalam Tunjang 5 adalah satu usaha akan dilaksanakan bagi mengoptimumkan potensi ekonomi setiap negeri dan wilayah termasuk di kawasan luar bandar.

Pada masa sama, PN akan berusaha untuk meningkatkan kecekapan capaian pengangkutan awam yang menghubungkan bandar dan luar bandar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram