SEORANG wanita maut selepas kereta yang dipandu suami melanggar sebuah lori treler berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh di Lebuhraya Utara-Selatan, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan sebuah Honda Accord yang dinaiki tujuh beranak pada pukul 6.10 pagi.

Beliau berkata, bomba sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa seorang wanita berusia 38 tahun telah tersepit di bahagian penumpang hadapan dan disahkan meninggal dunia.

“Kemalangan terbabit turut mengakibatkan suami dan anak perempuan berusia 11 tahun cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Pemandu lori maut dalam kemalangan 5 kenderaan dekat Nilai

Jelasnya anak mangsa berusia 8, 6, dan sepasang bayi kembar lelaki berusia 8 bulan turut cedera dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram