Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa kecewa apabila beberapa nama yang menggalas jawatan menteri dan timbalan menteri tidak dicalonkan pada pilihan raya umum kali ini.

Beliau berkata, kesemua mereka bukan sahaja calon boleh menang malah banyak menabur jasa kepada rakyat serta negara.

“Ya saya sendiri pun memang rasa kecewa apabila calon ‘winnable’ itu tidak bertanding,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Seksyen Selangau, hari ini.

Baca artikel lain: Jentera BN fokus kempen secara harmoni, elak provokasi atau sebar fitnah – Ismail Sabri

Barisan Nasional (BN) menggugurkan beberapa nama yang pernah berkhidmat dalam Kabinet Ismail Sabri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh); Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau) dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara).

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata sebagai mengenang jasa mereka, parti akan memutuskan bentuk ganjaran selepas BN memenangi PRU-15.

“Rakan menteri dan timbalan menteri (yang digugurkan) mempunyai jasa cukup besar kepada parti dan negara.

“Kita tidak akan melupakan jasa mereka, lebih-lebih apabila mereka yang tidak bertanding itu tidak menentang parti,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram