Sebahagian daripada pegawai serta anggota polis beratur untuk membuang undi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SERAMAI 6,051 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tanggungjawab mengundi awal untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, anggota yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai pangkat rendah dan kakitangan awam itu mengundi di 28 buah pusat mengundi dengan 33 saluran di seluruh Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain membuang undi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jelas beliau, PDRM telah menggerakkan seramai 187 pegawai dan anggota untuk penugasan pada waktu pagi bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menyelaraskan proses pengundian.

“Seperti mana semua sedia maklum, pada 10 November, undi pos telah dijalankan dengan melibatkan 179 pegawai kanan, pegawai rendah dan kakitangan awam,” katanya kepada media selepas hadir untuk mengundi awal di IPK Pulau Pinang pagi tadi.

Baca lagi: PRU-15: PDRM buka 25 kertas siasatan, keluar 1,994 permit ceramah

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata, pihaknya telah menerima 986 permohonan untuk mendapatkan permit dengan 360 acara telah dijalankan sepanjang 10 hari tempoh berkempen berlangsung.

Jelas beliau, polis menjangkakan lebih banyak permohonan permit dalam tempoh empat hari terakhir sebelum hari mengundi berlangsung.

“Dalam konteks itu, kita telah menerima 30 laporan polis sepanjang 10 hari, di mana 12 kertas siasatan telah dibuka dan satu kertas inkuiri polis telah dibuka.

Sebahagian daripada pegawai serta anggota polis menunggu giliran untuk membuang undi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Jadi jumlah keseluruhan siasatan yang kita buat selama 10 hari ini adalah sebanyak 13.

“Daripada 12 kes yang kita siasat itu, tiga telah dituduh, yang mana kes pertama melibatkan seorang yang digelar kongsi gelap. 

“Lagi dua kes pun kita dah dapat tuduh, dan dalam berbaki empat hari ini, saya ingin ambil kesempatan untuk mengingatkan semua parti politik untuk sama-sama menjaga keselamatan semasa mengadakan kempen-kempen ceramah terutama pada waktu malam,” katanya.

Mohd Shuhaily menambah, polis Pulau Pinang  juga telah bersiap sedia dengan kemungkinan berlaku banjir di negeri tersebut.

Sebahagian daripada pegawai serta anggota polis beratur untuk membuang undi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Ujar Mohd Shuhaily, beliau mendoakan banjir tidak berlaku supaya semua dapat menghadapi pilihan raya dengan lancar tanpa kejadian tidak diingini.

Dalam pada itu, tinjauan UtusanTV mendapati ramai anggota dan kakitangan PDRM mula beratur untuk melakukan undi seawal jam 8 pagi.

Antara yang menarik perhatian adalah seorang anggota yang hadir berkerusi roda serta anduh di tangan kanan.

Sebahagian daripada pegawai serta anggota polis membuang undi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Anggota tersebut, Lans Koperal Mohamad Shafiq Hassan berkata, beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 5 November lalu dan mengalami kecederaan serius di bahagian tulang selangka.

Jelas Mohamad Shafiq, walaupun masih dalam tempoh cuti sakit, beliau tetap mahu melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi.

“Kita sebagai rakyat wajib menjalankan tanggungjawab untuk mengundi bagi memilih dan menentukan pemimpin negara.

“Setiap undi amat penting,” katanya.

Lans Koperal Mohamad Shafiq Hassan dibantu petugas SPR selepas membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada pegawai serta anggota polis beratur untuk membuang undi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada pegawai serta anggota polis membuang undi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram