Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. GAMBAR: Facebook Abdul Hadi

PERPADUAN dan kestabilan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang dinikmati terutama di negeri yang berada di bawah pentadbiran PAS ketika ini, membuktikan parti itu tidak mengabaikan kaum lain.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata justeru masyarakat bukan Islam seharusnya tidak berasa takut sekiranya negara pada masa akan datang terus ditadbir oleh pemimpin Islam.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata ini kerana Islam seperti yang dibawa PAS mengajar adab supaya menyantuni dan menjaga hubungan kemanusiaan bagi mengelak pelbagai permasalahan timbul.

Baca artikel lain: ‘Nanti jumpa di mahkamah’, kata Hadi tegas kata DAP sokong fahaman komunis

“Negeri yang kita perintah, Kelantan, Terengganu dan Kedah, tidak ada salah laku masa PN memerintah. Kestabilan dan perpaduan juga wujud dengan baik, ini nyata, keluarga Cina dan India boleh hidup di kampung orang Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena siri jelajahnya ke Negeri Sembilan yang turut dihadiri Penasihat PN negeri Tan Sri Dr Rais Yatim di sini, malam tadi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram