Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. GAMBAR: Abd Razak Aid

KERAJAAN Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengganas yang menyasarkan orang awam yang tidak bersalah dalam insiden letupan di Istanbul, Turkiye pada Ahad lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Malaysia sentiasa berdiri teguh bersama Turkiye dalam usaha untuk membendung sebarang bentuk ancaman terhadap keselamatan negara dan keselamatan awam.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menzahirkan rasa dukacita dan takziah atas insiden letupan yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan di Istiklal Street, Taksim, Istanbul pada 13 November.

“Semoga Allah SWT melindungi dan memelihara Republik Turkiye dan rakyatnya dari segala ancaman yang akan menjejaskan keamanan dan kestabilan dalam negara,” kata beliau menerusi catatan di laman Facebook.

Menerusi catatan itu, Ismail Sabri turut berkongsi salinan surat yang diutuskan beliau kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Agensi berita Turkiye, Anadolu Agency (AA) melaporkan enam maut dan 81 cedera dalam insiden itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram