Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

BERBAKI kurang empat hari untuk berkempen, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengarahkan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan jentera parti itu untuk memberi fokus dan menyantuni pengundi secara bersasar.

Beliau berkata pengundi di kawasan masing-masing perlu jelas dengan pilihan dan undi yang akan diberikan kepada BN yang terbukti mampu memberi kestabilan dan tidak pernah mengabaikan rakyat.

Baca artikel lain: PN, BN mungkin akan bentuk kerajaan gabungan – Takiyuddin

“Kita sebenarnya mencari kemenangan bukan menanti kemenangan, calon dan jentera perlu bekerja bersungguh-sungguh, tidak boleh mengharapkan kemenangan itu datang kepada kita tanpa ada usaha,” katanya ketika ditemui pemberita dekat Bukit Tiu, hari ini.

Pada PRU-14, BN Kelantan memenangi lima daripada 14 kerusi Parlimen iaitu Machang, Ketereh, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang, namun hilang dua kerusi selepas itu selepas penyandang kerusi Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) bertindak keluar UMNO dan menyertai Bersatu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram