Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional pada Majlis Pelancaran Manifesto Perikatan Nasional di Shah Alam, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan, sektor pelancongan negara antara terjejas teruk susulan daripada penularan pandemik COVID-19.

Berdasarkan laporan dikeluarkan oleh kementerian berkaitan, sektor berkenaan memerlukan masa sehingga lima tahun untuk pulih sepenuhnya seperti sedia kala.

Sedar akan kepentingan sektor pelancongan kepada sumber pendapatan negara, Perikatan Nasional (PN) melalui manifesto Tawaran ‘Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang’ atau PN BEST akan menyediakan dana khas sekiranya diberi mandat kelak.

Tawaran tersebut terdapat di dalam Tunjang 6 PN BEST yang antara lain memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi merancakkan sektor pelancongan domestik.

Baca artikel lain: Manifesto PN BEST tawar pembangunan inklusif untuk Sabah, Sarawak

“Sektor pelancongan bernilai tinggi dan bertaraf dunia akan dirancakkan dengan menyediakan RM1 bilion dana khas pelancongan.

“Ini bagi mewujudkan produk baharu pelancongan domestik, khususnya yang berkaitan dengan keindahan alam di negara kita, dengan penglibatan pengusaha PMKS,” kata Muhyiddin.

Beliau yang juga Pengerusi PN berkata demikian ketika melancarkan manifesto berkenaan, baru-baru ini.

Selain itu, PN juga akan mewujudkan Badan Bertindak Bencana Alam dan Perubahan Iklim Kebangsaan bagi melindungi khazanah alam milik negara.

Badan berkenaan akan bertindak sebagai agensi yang akan menangani masalah banjir dan bencana alam secara lebih cekap serta berkesan.

Inisiatif ini bertitik tolak daripada isu pemanasan global dan perubahan iklim yang memberi kesan besar kepada kelestarian alam sekitar serta kehidupan rakyat di negara ini.

Selain daripada kejadian banjir besar yang telah menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda bernilai berbilion ringgit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram