Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Jelajah PN Best Tambun di Ipoh, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

PERIKATAN Nasional (PN) tidak pernah melakukan rundingan untuk membentuk kerajaan gabungan bersama Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tujuan PN bertanding dalam PRU-15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

Malah, beliau menegaskan tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan BN berhubung perkara tersebut.

“Saya sebagai Pengerusi PN tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU-15.

“Saya berdoa dengan izin Allahdan sokongan padu rakyat, PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri-negeri yang terlibat dalam PRU-15,” katanya dalam kenyataan.

Baca lagi: PN, BN mungkin akan bentuk kerajaan gabungan – Takiyuddin

Semalam, Takiyuddin dilaporkan berkata, beliau yakin BN akan menerima penggabungan dengan PN untuk membentuk kerajaan selepas PRU-15.

Tegas beliau, PN bagaimanapun menolak untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi tujuan tersebut..

Begitupun, katanya, setakat ini sepanjang tempoh berkempen tiada sebarang perbincangan dilakukan di antara PN dan BN.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram