Satu kepuasan apabila hasil air tangan menjadi hasil yang sempurna dan cukup cantik pada pandangan mata. Bukan sekadar donut biasa, namun donut pelangi atau Rainbow Doughnuts ini memerlukan kerja keras dua kali ganda dengan ketelitian untuk menghasilkan setiap lapisan doh.

Resipi Rainbow Doughnuts.

Bahan :

1 kg Tepung gandum @ tepung roti

1 paket kecil Yis

1 sudu besar Shortening

1 sudu teh Gula

1 sudu teh Garam

1 sudu teh k-fine @ pelembut roti

Susu uht secukupnya

Perisa & pewarna

Cara :

1. Campurkan semua bahan kering dan masukkan ke dalam pengadun. Uli sehingga menjadi doh.

2. Masukkan susu sedikit demi sedikit, uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

3. Bahagikan kepada 4 bahagian. Warna dan perisakan setiap bahagian.

4. Kemudian roll doh satu per satu bahagian dan susun mengikut warna pelangi. Roll nipis anggaran 2 cm dan terapkan. Selepas terap, rehatkan doh sehingga kembang selama lebih kurang dua jam.

5. Goreng dan minyak jangan terlalu panas. Sentiasa kacau dan jangan tinggalkan lama, nanti hangit.

6. Angkat dan gaulkan dalam gula kastor. Gaul semasa panas, kalau sejuk nanti gula susah nak melekat.

7. Doh memang lambat kembang bila cuaca sejuk.

8. Selamat mencuba lah ye.. lau rasa mcm x sedap xyoh lah buat.. cuma nok kabo sini. Buat berjam2.. makan x sapa 5minit abis 🤣🤣 org kata baik beli ork.. tp benornya… Ni satu kepuasan tau.. blh makan hasil sendiri. Gituuu 🤭

Kredit : Che Azawimie Che Zahari