Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional pada Majlis Pelancaran Manifesto Perikatan Nasional di Shah Alam, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

GOLONGAN belia merupakan aset penting negara bagi memastikan Malaysia berada dalam landasan tepat ke arah mencapai negara maju.

Tanpa golongan belia yang diperkasa, Malaysia bakal kehilangan pewaris bagi menjamin kesejahteraan negara.

Sehubungan itu, Perikatan Nasional (PN) amat mementingkan pemerkasaan belia menerusi penawaran manifesto Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang atau PN BEST dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kali ini.

Terkandung di bawah Tunjang 7 PN BEST iaitu ‘Memperkasa Belia dan Mensejahterakan Keluarga Muda’, ia menjadi bukti kukuh bahawa tiada sesiapa pun terpinggir di bawah pentadbiran PN.

Terbahagi kepada dua iaitu membangunkan belia yang dinamik dan berdaya saing serta membina keluarga muda yang sejahtera, Tunjang 7 PN BEST menitikberatkan soal kebajikan serta kesejahteraan menyeluruh bagi golongan belia.

Antara tawaran yang mendapat perhatian khusus termasuk mengurangkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 25 peratus kepada graduan dengan keputusan kelas kedua atas.

Penawaran itu tentunya disambut baik graduan yang terpaksa berhadapan pelbagai cabaran kehidupan sebaik sahaja tamat pengajian.

Bukan itu sahaja, PN BEST turut menawarkan 14 inisiatif lain dalam usaha menjamin pemerkasaan dan pembangunan golongan belia.

Bagi memastikan suara belia ‘bergema’ di Parlimen, PN menetapkan kuota sekurang-kurangnya dua Senator dalam Dewan Negara.

Anak muda yang berminat dengan keusahawanan turut akan diperkasa dengan program dalam industri ekonomi digital dan masa hadapan.

Selain itu, PN turut menawarkan peningkatan kadar elaun pelajar yang menjalani latihan amali atau praktikal di sektor awam kepada RM1,200 sebulan.

Keputusan itu dilihat besar bagi mengurangkan bebanan kos pelajar dalam tempoh praktikal itu.

Baca artikel berkaitan: Pemantapan tadbir urus, berintegriti jadi tunjang PN BEST

Pekerja sektor ekonomi gig turut tidak dilupakan apabila PN bakal memberi insentif khas bernilai RM1,000 untuk pekerja gig melanjutkan pengajian.

Ia dilihat sebagai game changer bagi menggalakkan pekerja gig melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Selain itu, PN juga akan mempergiat penglibatan belia dalam industri kreatif termasuk animasi dan kebudayaan bagi pasaran dalam dan luar negara.

Segmen e-sukan turut tidak ketinggalan menerima tumpuan dengan pembangunan bakat akan diperkasa menerusi pengenalan stadium khas e-sukan dan program mencungkil bakat masa depan.

PN turut mahu golongan belia membina keluarga muda yang sejahtera dengan tiga tawaran khusus kepada golongan terbabit.

Salah satu tawaran menarik adalah mewujudkan dana khas pengantin baharu bagi membantu pasangan muda membina keluarga.

Selain itu, sekiranya berjaya membentuk kerajaan, PN juga akan memperkenalkan program pembiayaan perumahan tanpa faedah di samping menyediakan pek permulaan bagi penjagaan ibu dan anak untuk kelahiran anak pertama.

Sememangnya, golongan belia diberi tumpuan khusus dalam manifesto PN BEST.

Seperti kata Pengerusi PN yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, belia memainkan peranan penting ke arah memacu pembangunan negara yang mampan dan inklusif pasca pandemik.

Untuk itu, semua pihak perlu menggembleng usaha dan tenaga bagi menggilap potensi serta meningkatkan daya upaya golongan belia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram