HUBUNGAN cinta antara pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann didakwa sudah berakhir.

Ini berikutan selepas Janna atau Nurul Jannah Muner,27, memuat naik hantaran seolah-olah memberi bayangan kisah cinta mereka sudah menemui titik noktah dan berakhir dengan perpisahan.

“Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulisnya yang bertindak menutup ruangan komen.

Meskipun tidak menyebut nama sesiapa, namun menerusi pemerhatian URTV, Janna sudah tidak lagi mengikuti (unfollow) Instagram Dini.

Bagaimanapun, Dini,28, masih lagi menjadi ‘followers Janna di akaun media sosial terbabit.

Menjengah ke Instagram Dini, rata-rata netizen sudah mula bertanya mengenai hubungannya dengan Janna yang dikatakan sudah putus di ruangan komen.

Sebelum ini, Janna pernah berkongsi tangkap layar Twitter Book Quotes di Instagram Story yang menunjukkan seolah hatinya sedang terluka.

Malah, menerusi akaun di TikTok pula, Janna ada berkongsi statusnya yang dikatakan single.