Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.

MAJLIS Profesor Negara (MPN) menafikan, terlibat dengan gerakan Profesor Melayu G70 yang akan mengeluarkan satu deklarasi Sabtu ini bagi menyokong pihak tertentu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, seramai 70 orang yang terlibat dalam gerakan itu sebahagian besarnya sudah berpencen dan tidak lagi menggunakan gelaran profesor.

“Berkaitan perkara itu, MPN ingin menegaskan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam tindakan berkenaan.

“MPN juga ingin menyatakan pendirian untuk menghormati hak individu termasuk para profesor untuk mempunyai hak kebebasan bercakap dan bersuara, mengeluarkan pendapat dan buah fikiran serta berpersatuan selaras dengan Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Prof Raduan menambah, sebagai pertubuhan yang mewakili para ilmuan, MPN sentiasa berusaha memberi sumbangan selaras dengan slogan sentiasa berkhidmat untuk negara.

MPN mempunyai lebih 3,000 hali penuh yang merupakan profesor dari universiti awam dan swasta dan 7,000 profesor madya sebagai ahli bersekutu.

Selain itu, lebih 200 tokoh industri yang pakar dalam bidang masing-masing menyertai MPN sebagai Ahli Kehormat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram