CALON Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Memetik laporan FMT, kematian penyandang kerusi Parlimen Padang Serai itu disahkan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.

“Saya sahkan beliau telah meninggal dunia. Saya baru sahaja menerima berita menyedihkan ini 15 minit lalu dan sedang menantikan butiran lanjut,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh memaklumkan, Karupaiya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.27 petang ini.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: PH yakin menang lebih 90 kerusi Parlimen – Rafizi

Kata beliau, mendiang meninggal dunia di Hospital Kulim.

“Kami masih belum mendapat sebarang maklumat lanjut berhubung punca kematian dan akan maklumkan kemudian. Takziah kepada ahli keluarga mendiang,” katanya.

Mendiang Karupaiya yang merupakan ahli PKR memenangi kerusi Parlimen Padang Serai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Leong Yong Kong dan calon Pas, Muhammad Sobri Osman dengan majoriti 8,813 undi.

Karupaiya dijadual berhadapan pertembungan enam penjuru di kerusi tersebut pada PRU-15 kali ini apabila dicabar calon BN, C Sivarraajh, Azman Nasrudin daripada Perikatan Nasional, Hamzah Abdul Rahman (Pejuang), Bakri Hashim (Warisan) dan calon bebas, Sreanandha Rao.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram