Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berucap pada Kongres Nasional Keadilan ke-16 di Shah Alam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan menyerbu Pejabat Invoke Solutions Sdn Bhd, semalam.

Sebaliknya kehadiran SPRM ke firma milik Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli itu hanya untuk mengambil beberapa dokumen.

Sumber kepada Berita Harian memberitahu, ia bagi membantu siasatan terhadap dakwaan pemilikan aset yang diumumkan Rafizi minggu lalu.

“Tiada serbuan sebaliknya siasatan biasa,” katanya hari ini.

Baca artikel lain: PRU-15: Poster Perdana Menteri dibakar di Kuala Kedah

Semalam Rafizi mendakwa, Invoke Solutions Sdn Bhd diserbu SPRM dan menahan kakitangannya selama tujuh jam.

Terdahulu, SPRM membuka kertas siasatan berhubung perisytiharan harta yang dilakukan calon Parlimen Pandan itu.

Ini berikutan, satu laporan dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung perisytiharan Rafizi.

Pada 2 November lalu, Rafizi tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta dan mendakwa tidak memerlukan dana awam untuk menjadikan dirinya kaya.

Beliau berkata, pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 untuk berbuat demikian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram