SEORANG lelaki yang didakwa meninggal dunia dan kemudian hidup kembali ketika kotak keranda dibuka rupa-rupanya hanya berpura-pura disebabkan masalah hutang.

Kejadian yang berlaku di Rancabungur, Bogor, Jawa Barat itu kecoh diperkatakan dan akhirnya cerita sebenar terbongkar selepas siasatan polis dilakukan.

Memetik laporan Detik News, perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Polis Bogor Asisten Komisioner Iman Imanuddin.

Beliau berkata, isteri suspek memaklumkan mempunyai masalah beban hutang kepada pemandu ambulans.

“Isteri suspek mengeluh terpaksa berdepan dengan masalah hutang dan ramai mula meminta kembali wang mereka,” katanya.

Bagaimanapun, polis berkata, suspek dan isteri sehingga kini masih belum bersetuju untuk disoal siasat polis.

“Kami memberi peluang kepada mereka untuk pulih terlebih dahulu,” katanya.

Baca artikel : Lelaki disangka mati, hidup kembali ketika keranda dibuka

Iman berkata, hasil siasatan mendapati keranda milik suspek bukan diterbangkan khas dari Semarang, Jawa Tengah seperti yang tular diperkatakan sebaliknya dari Jakarta Selatan.

“Tiada perjalanan direkodkan dari Semarang ke Jakarta. Sebaliknya terdapat bukti saudara suspek bersama isteri dan anak dijemput dari Jakarta Selatan dalam keadaan yang sihat,” tambahnya.

Malah, beliau juga menafikan terdapat sebarang fakta yang mendakwa suspek kembali hidup selepas disahkan meninggal dunia.

“Kami telah meminta sijil kematian tetapi tiada individu yang dapat memberikannya,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram