SERAMAI 17 pekerja mengalami mual selepas terhidu gas nitrogen bocor di ruang memproses daging beku di sebuah kilang di Subang Jaya, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.33 pagi.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa yang terhidu gas nitrogen kini berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Pekerja melecur, kedai makan meletup disyaki kebocoran gas

Jelas Norazam, pihaknya telah menutup paip utama saluran gas dan mengarahkan semua pekerja keluar dari lokasi kejadian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram