Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz beramah mesra dengan sebahagian murid-murid sekolah ketika mengadakan Walkabout di hadapan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SIKAP prihatin dimiliki Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi sebab rakyat perlu mendukung beliau sebagai Perdana Menteri selepas pilihan raya umum ini.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelbagai inisiatif dilaksanakan Ismail Sabri sepanjang memegang jawatan tersebut selama 14 bulan.

Katanya, pertumbuhan ekonomi yang memberansangkan pada suku tahun ketiga menjadi bukti keupayaan beliau dalam memimpin negara.

Malah, katanya lagi, ketika ini kedudukan ringgit yang sedang mengukuh adalah hasil air tangan Perdana Menteri, namun tiada siapa bercakap mengenainya.

“Semasa saya bersama-sama beliau di dalam Kabinet, saya sendiri dapat melihat bagaimana beliau adalah seorang yang begitu prihatin kepada isu-isu rakyat.

“Kita lihat Bantuan Keluarga Malaysia dinaikkan sampai RM2,500 dan juga tahun depan akan dinaikkan sampai RM3,000, bila kita masukkan golongan tertentu ibu tunggal dan sebagainya dan macam-macam lagi.

“Subsidi ayam, subsidi telur dan kita lihat ringgit pun semakin kuat tapi tiada orang nak sebut. Jadi saya rasa sebab-sebab inilah saya akan terus menyokong pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya ketika ditemui UtusanTV, hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz beramah mesra dengan sebahagian ibu-bapa pelajar ketika mengadakan Walkabout di hadapan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Ismail Sabri kekal jadi Perdana Menteri selepas PRU-15 – Ilham Centre

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan walkabout di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2.

Terdahulu, Ilham Centre melalui dapatannya menyatakan, 52.8 peratus responden bersetuju ismail Sabri wajar diberikan peluang untuk mengemudi kerajaan untuk tempoh yang lebih panjang demi kepentingan rakyat.

Statitistik itu merupakan dapat hasil Kajian Tahap Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan dan Dasar Keluarga Malaysia oleh panel penyelidikan berkenaan.

Menurut Ilham Centre, kajian yang dilakuan pada 20 Oktober hingga 6 November itu memfokuskan kepada tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri dan dasar yang beliau perkenalkan.

Jelas panel, secara umum, skala 80 peratus menunjukkan responden bersetuju pembukaan semula ekonomi pada 1 April 2022 lalu merupakan tindakan tepat dan Perdana Menteri berjaya mengeluarkan negara daripada pandemik Covid-19 menuju fasa endemik.

Selain itu, jelasnya, 78 peratus responden bersetuju terhadap peruntukan subsidi RM 77.7 bilion oleh kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang dianggap terbesar dan dirasakan perlu dalam menyokong pemulihan ekonomi negara.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, dapatan Ilham Centre juga bertepatan dengan keputusan UMNO dan BN yang menjadikan Ismail Sabri sebagai poster boy serta calon Perdana Menteri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram