SEORANG lelaki patah kaki kanan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu terbabas ke dalam longkang di Jalan Utama Pinggiran Taman Sri Gombak, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.06 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 12 minit kemudian dan mendapati mangsa, Muhamad Fairuz Abdul Akib, 50, tersepit di bahagian pemandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Bas bawa 30 murid, 10 guru terbabas akibat stereng tidak berfungsi

Jelasnya, MPV jenis Nissan yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari Batu Cave ke Pinggiran Selayang telah terbabas ke longkang di bahu jalan.

Norazam berkata, mangsa mengalami cedera parah, patah kaki kanan dan telah dihantar ke Hospital Selayang bagi rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram