Seorang peniaga pasar malam didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menghantar komunikasi lucah kepada seorang kenalan wanita.

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Md Azrin A. Hamid, 44.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Md Azrin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah sifatnya iaitu gambar kepada wanita itu menggunakan perkhidmatan aplikasi WhatsApp dengan niat untuk menyakitkan hati.

Dia melakukan perbuatan itu antara 8.27 dan 8.59 malam pada 25 Julai 2017 dan hantaran WhatsApp berkenaan kemudiannya dilihat pengadu pada 25 dan 26 Julai 2017, masing-masing pada 8.30 malam dan 1.38 petang. 

Pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Nur Nazhzilah Mohammad Hashim memohon hukuman yang memberi menjadi pengajaran kerana perbuatan tertuduh adalah serius dan mengaibkan pengadu serta keluarga.

Md Azrin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum atas alasan hanya berniaga di pasar malam selain  menanggung isteri serta kakak ipar yang kurang upaya. 

— BERNAMA

Thursday , 17 November 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram