Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani GAMBAR: Abd Razak Aid

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah menggerakkan pelbagai elemen keselamatan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini bagi memastikan ia berjalan lancar.

Memberi jaminan keselamatan pada hari pengundian nanti, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata proses penamaan calon pada 5 Nov lepas telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa insiden terpencil yang berjaya ditangani dengan baik.

“Selain itu, dalam tempoh berkempen, keadaan keselamatan terkawal tanpa berlaku sebarang insiden yang menggugat ketenteraman awam.

“Insya-Allah, PDRM yakin bahawa proses pengundian akan berlangsung dengan lancar dan memberi jaminan bahawa segala langkah telah diambil bagi memastikan masyarakat dapat keluar menunaikan hak serta tanggungjawab sebagai pengundi dalam suasana selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: Pengendali LPT, ANIH Bhd keluar cadangan waktu perjalanan

Acryl Sani berkata orang ramai dinasihat agar tidak terpedaya dengan sebarang berita palsu yang bertujuan membangkitkan kegelisahan dan rasa takut atau spekulasi mengenai ketenteraman awam dan keselamatan negara.

“PDRM akan memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan pilihan raya kali ini berjalan dengan aman dan tenteram,” katanya.

Beliau berkata tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menimbulkan provokasi yang boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram