Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli GAMBAR: Abd Razak Aid

TIMBALAN Presiden PKR, Rafizi Ramli digesa untuk melakukan permohonan maaf selepas mengeluarkan kenyataan berbaur ancaman terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dalam kenyataan berkata, pihaknya memandang serius ancaman tersebut dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan calon Pakatan Harapan (PH) itu.

“MCW memandang serius ancaman Rafizi terhadap Tan Sri Azam Baki ekoran siasatan awal yang dilakukan oleh agensi penguatkuasa tersebut terhadap Rafizi.

“MCW dengan tegas mengutuk ancaman tersebut dan meminta Rafizi untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia diatas ucapan yang beliau keluarkan semasa kempen pilihan raya tersebut.

“MCW juga menggesa semua pihak agar tidak mempolitikkan serta mengganggu-gugat siasatan pihak SPRM yang sedang berjalan,” katanya.

Baca lagi: Kerajaan P. Pinang perlu terima hakikat, tidak ‘defensif’ dakwaan rasuah membimbangkan- MCW

Mengulas lanjut, MCW berkata, sebagai sebuah agensi yang bebas dan telus, SPRM memerlukan sokongan semua pihak terutamanya iltizam politik yang kuat dan konsisten.

Jelas MCW, hal itu untuk membenarkan SPRM menyiasat; proses mengumpul bukti dan menyelesaikan kes tanpa ada rasa takut.

“Kami yakin dan percaya bahawa setiap rakyat Malaysia sentiasa menyokong SPRM. SPRM mesti terus tegas dan berani bertindak menyiasat sesiapa sahaja bagi memastikan segala dakwaan kes rasuah dibongkar sehingga akar umbi.

“Kebijaksanaan SPRM dalam menjalankan siasatan tidak wajar dipertikaikan dan ahli politik yang disiasat perlu memberi kerjasama penuh dan dinasihatkan untuk mengelakkan membuat kenyataan yang kelihatan menganggu atau mencampuri urusan siasatan bagi memastikan siasatan yang telus dapat dilaksanakan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram